Sunday, August 24, 2014

Petua Hilangkan Bau Badan


Assalamualaikumm semua cinta hati .....

Ini Kakty nak cerita sayu kisah dimana berlaku di zaman persekolahan zaman kanak-kanak ribina heheh...
sekarang pun masih suka ribina....masa kat sekolah dulu kami ni berkawan berempat kemana aje pergi mesti berempat sampau kena denda pun mesti berempat tp Alhamdullilah semua dah berjaya kini dan salah seorang dari kami dah jadi doktor pakar kanak-kanak

Tapi dalam kami berempat ni ada la seorang dari kami memamg bau badan dia tu terlampau 'harum' kami dah tak tahu bagaimana nak bagitahu kalau capa depan-depan karang ada yang merajuk atau yang berkecil hati

Kami pun acu kan soalan pada ustazah

Ustazah ,macamana kita nak menegur orang yang badan atau  mulut  berbau ?

Dengan smartnya ustazah menjawab

"jangan lah kita tegur orang tu depan-depan kerana ia sangat memalukan tetapi tulislah pada sekeping nota akan teguran itu dan selitkan lah dibangku nya atau dalam buku nota nya !!

Nak tulis apa Ustazah ??

Tulis la apa2 yang membuatkan dia sedar bahwa bau badan  ya itu mengganggu semua orang

Lalu kami berpakat mencari petua untuk hilangkan bau badan tu dan kami tulis petua2 itu utk beliau dan kami selit dalam buku kimia masa tu


Haaahhhh ini lah petuanya akak nak kongsikan kat sini pulak untuk cinta hati semua mana tahu ada yang mengalami masalah yang sama

---------------
Petua Hilangkan Bau Badan
-------------

1.Ambil secawan air suam kemudian campurkan dengan beberapa kuntum bunga cengkih. Kacau sebati dan minum tiga kali sehari. Ulang selalu petua ini untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Petua ini juga dapat mengatasi masalah bau nafas, ketiak dan masalah keputihan bagi wanita.

2. Ambil sebiji limau purut, kemudian belah dua. Sapukan limau tersebut ke bahagian bawah ketiak, biarkan seketika sebelum dicuci. Lakukan tiga kali seminggu atau terpulang kepada anda jika ingin melakukan lebih kerap. InsyaAllah bau badan yang tidak menyenangkan akan hilang dan badan akan terasa segar dengan haruman semula jadi dari perahan air limau purut. Limau nipis juga boleh digunakan.

3. Jika ketiak anda hitam dan berbau, anda boleh menyapukannya dengan kapur sireh dan limau nipis, apabila anda selesai mandi. Amalkan cara ini selama seminggu, anda akan dapati ketiak anda cerah dan tidak berbau.

4. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan segenggam beras dan digoreng. Bahan-bahan ini hendaklah ditumbuk halus. Kemudian sapulah di bahagian yang bermasalah (ketiak). Anda hendaklah lakukan sekerap mungkin sehingga bau badan anda hilang. Jika bau badan tersebut hilang, anda boleh gosokkan di tempat tertentu seminggu sekali.

5. Ambil beberapa biji limau kasturi. Kemudian potong empat, selepas itu sapukan limau tersebut di seluruh badan. Lakukan seminggu sekali, pasti bau badan anda harum dan segar selalu. Dengan menjaga bau badan, ia dapat memberikan keselesaan kepada orang yang sedang bersama dengan kita. Jika badan kita berbau, sudah tentu orang disekeliling akan berasa tidak selesa apabila mahu berkomunikasi dengan kita.

Haaaa itu masa zaman sekolah kita tidak punya banyak duit untuk membeli produk2 yang bagus dan berkesan untuk kita di zaman yang serba canggih ni ada terdapat beberapa produk yang boleh mengharumkan badan kita tapi tak salah kita gabungkan yang lama dan yang lama mungkin memberi kesan yang lebih hebat

------------
Pesona Aura Bath
------------ 
Campurkan 2 @ 3 sudu dalam air bilasan terakhir dan siram ke seluruh tubuh sambil gosok dan niatkan supaya badan kita harum dan segar ......

Disamping menghilangkan bau badan Pesona Aura Bath boleh menampung kebocoran aura dan menghilangkan unsur2 negatif dalam diri ..... insyallah ......

Mana nak dapat kan produk ni ??
boleh wasap akak 013-9085875
atau 
email tzresources@yahoo.com


0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About