Sunday, July 6, 2014

Yang Sangat Luar Biasa

Apabila kita ingin keluar dari zon
selesa @ confort zone, kita perlukan
keberanian yang sangat luar biasa.

Yang Sangat Luar Biasa...

Seorang yang mempunyai keinginan
NAK BUAT sesuatu, kalau dia BUAT
mungkin hasilnya lumayan..

Berbeza dengan seorang yang mempunyai
keinginan NAK BUAT sahaja.. Namun dia
tak berani untuk BUAT atau BERTINDAK,
hasilnya tentu ZERO.

Biasanya ini disebabkan oleh perasaan
TAKUT GAGAL atau MALU.

Sebenarnya, saya juga selalu ada perasaan
macam tu. Saya juga manusia biasa..

Saya sering bertanya pada diri saya
sendiri...

"Kalau tak buat sekarang, bila lagi nak
baru buat?

"Nak tunggu sampai bila?"

Perasan tak, biasanya kita akan cuba
berikan 1001 macam alasan kepada soalan
tersebut.

Nantilah dulu..
Aku belum ready lagi ni..
Belum sampai masa lagi..
Belum sampai seru lah..
Esok je la aku try..
Takut la..

Saya pun biasa sangat berhadapan dengan
situasi seperti itu.

Sehinggalah mentor saya berpesan. Ia
sangat memberikan motivasi kepada diri
saya apabila berhadapan dengan situasi
sedemikian.

Katanya..

"Kalau kita tak beri peluang pada diri kita
untuk mencuba, pasti dan pasti 100% kita tak
akan dapat sebarang hasilnya"

"Tapi kalau kita dah beri peluang pada diri
untuk mencuba, kemungkinan 50% berhasil,
ataupun 50% adalah sebaliknya"

Kita tak akan tau bagaimana hasilnya
sehinggalah kita mencuba.

Nasihat saya pada anda semua

Anda cuba sahaja, peluang untuk
berjaya sudah meningkat sehingga 50%.

Jika anda rasa teragak-agak, takut,
malu untuk melakukan sesuatu yang besar
dan luarbiasa, cuba bercakap pada diri
sendiri :

"kalau kau tak cuba, 100% kau tak ada
apa-apa hasil,

"tapi kalau kau cuba, kemungkinan 50%
berhasil, 50% tiada hasil"

InsyaAllah akan ada sesuatu yang berubah
dalam hidup anda kelak.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat
buat anda. Selamat berjaya!

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About