Sunday, May 17, 2015

Pembersihan fitnah Pesona Suri

KENAPA PESONA SURI MENGAMBIL KEPUTUSAN MENDIAMKAN DIRI ATAU TIDAK MENGELUARKAN STATEMENT SEMASA HAL FITNAH INI DICANANGKAN DAN DIVIRALKAN?

Di dalam tempoh Allah bagi ujian ini, iaitu bekas model memfitnah kami, dan ada post

Jawapan kami, ada beberapa sebab.. :

1. Kami juga manusia.. Manusia yang mempunyai hati perut..
Andai kata benar, produk kami, iaitu Pesona Suri yang membahayakan dan menyebabkan satu anugerah Allah, ditarik balik, kami sebagai wanita dan manusia pasti turut merasa bersalah.

Kami menunggu panggilan terus (direct calling ) daripada bekas model kami, andai kata apa yang dikata itu benar.. dan kami menunggu BUKTI PERUBATAN YANG KUKUH daripadanya, setelah apa yang telah dia war-warkan merosakkan reputasi produk kami.

Namun, tiada satu pun dakwaan nya itu dibuktikan dengan bukti perubatan. Hanya dari postnya yang menjadi bahan viral memburukkan nama kami..
Dan sehingga hari ini bekas model kami ini tidak pernah menghubungi kami secara terus atas dakwaannya ini.

2. Namun, tiada satu pun BUKTI PERUBATAN yang membuktikan fitnah beliau.
Kami mengambil inisiatif sendiri, untuk mengadakan Lab Test bagi memastikan produk kami benar-benar bersih.

3. Atas nasihat peguam juga, menasihati kami berdiam diri selagi keputusan makmal tidak keluar.

4. Kami juga berdiam diri dan membuat repeat Lab Test supaya kami sendiri menyiasat dakwaan bekas model kami itu.

Kami tidak mahu produk kami menganayai orang dan jika Lab Test kami menunjukkan yang produk kami benar-benar mempunyai kandungan yang salah, SUDAH PASTI kami akan menyaman pihak pengilang dan kerajaan yang sudah mengeluarkan sijil M.E.S.T.I. kepada kami, di awal produk ini dihasilkan.

Dalam tempoh hal ini diviralkan hasil statement bekas model kami yang menyatakan nama-nama beberapa produk lain, kami turut menerima desakan daripada pengasas-pengasas produk lain. Kerana produk suplement lain juga menerima tempias daripada fitnah beliau.

Kami didesak agar mengeluarkan statement rasmi atau statement mempertahankan diri. Namun, kami mengambil keputusan untuk berdiam diri selagi laporan makmal tidak dikeluarkan, atas nasihat peguam kami.

[ akan disambung.. ]

(Mengenai gambar di bawah ini, tegasan kami, bekas model ini, TIDAK PERNAH DIJADIKAN DUTA PESONA SURI oleh kami,. Dia hanyalah model yang dia sendiri menawarkan dirinya kepada pengasas kami, ; isu ini akan dibongkar di part seterusnya )

Nak tahu, lagi pendedahan kami? tunggu...

Biar manusia pemfitnah ini, tahu kebesaran Allah, kepada orang yang zalim seperti pemfitnah ini..





 Untuk lebih jelas sila ke Fb : Pembersihan Fitnah Pesona Suri

Pembersihan Fitnah Pesona Suri

Bismillahh.....

Assalamualaikum.....

Beberapa persoalan yang sangat penting buat kami dan yang anda sendiri harus mengkaji terlebih dahulu, sebelum mempercayai fitnah dia :

Kalau si Farina claim yang Pesona Suri penyebab kepada ovary nya dibuang, soalan kami :

1. Di mana bukti perubatan yang kukuh yang menyebabkan dia mendakwa Pesona Suri penyebab kepada kerosakan ovari dia?

Adakah disebabkan oleh pertanyaannya kepada Dr (apakah sebab ovari nya rosak) dan Dr menjawab disebabkan pemakanannya, dia berhak menunding jari dan memfitnah pesona suri ?? (rujuk gambar dakwaan fitnah dia )

Adakah sesenang itu dia boleh memfitnah Pesona Suri penyebab kepada kerosakan ovari nya?

sedangkan dia sendiri mengakui pernah mempunyai masalah di peranakan, MEMPUNYAI KETUMBUHAN DI BELAKANG RAHIM, dan membuat pembedahan di bahagian itu..

Mengikut kajian perubatan dan pengalaman perubatan, seseorang yang pernah mempunyai SEJARAH KETUMBUHAN mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat kembali penyakit itu.

Ini kerana, walaupun sel-sel ketumbuhan itu telah dibuang oleh pakar perubatan di waktu yang lepas, ia tidak dapat dipastikan 100% yang sel-sel ketumbuhan tersebut dibuang sepenuhnya.

Andai sel ketumbuhan tersebut masih ada, ia mempunyai probability yang tinggi untuk terus hidup dan membesar. Ia ditambah lagi dengan penjagaan makanan yang tidak betul, yang seharusnya si pemilik badan bertanggungjawab di atas kesihatan badannya selepas tahu kebarangkalian ini..

> Baru-baru ini Si Farina ini keluar dalam Berita Harian, selepas kesnya diviralkan.. (Dia menjadi terkenal dengan hasil memfitnah? ) , namun dalam petikan tersebut, menyatakan kandungan soya yang menjadi penyebab kepada ketumbuhannya..

Andai dia ingin kaitan kandungan pesona suri iaitu ekstract marine collagen (khasiatnya untuk kulit yang cantik ) , dengan ketumbuhan ovari nya..

persoalan kami :

2. Mengapa dia tidak menyatakan status kesihatannya itu (pasal ketumbuhan) semasa mula-mula pengasas kami bertanyakan status kesihatannya?

[rujuk screen shot wassap , pertanyaan pengasas kami, mengenai status kesihatannya.. ] , pada awal sebelum dia menjadi model pesona suri..

Dia tidak pernah menyatakan jujur status kesihatannya ketika MENAWARKAN DIRI untuk menjadi model Pesona Suri .

Bahkan jika dia ingin mengaitkan marine collagen (khasiatnya untuk kulit yang cantik ) , dengan ketumbuhan ovari nya , dia sendiri tahu dan dimaklumkan apakah kandungan yang ada di dalam Pesona Suri ..

So?????? What the point yang dia ingin kaitkan kerosakan ovarinya dengan Pesona Suri?

......yang dicanang-canangkannya
......yang konon dirintih-rintihnya di serata dunia, kononnya pesona suri lah penyebabnya...

>Zalim sungguh hati manusia berhati busuk ini memfitnah untuk mendapat perhatian dunia atas ujian yang diberikan Allah kepadanya.. <



  • Blogger news

  • Blogroll

  • About